Kerajaan Malaysia

MAKKAH – Tiada kes jangkitan Covid-19 dilaporkan dalam kalangan jemaah haji setakat ini, kata Kementerian Kesihatan Arab Saudi.

Jurucakapnya, Dr Muhammad Al-Abdulaaly berkata, Kementerian Kesihatan memberi jaminan kepada orang ramai bahawa jemaah haji bebas koronavirus dan dalam keadaan baik.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Letnan Kolonel Talal Al-Shalhoub berkata, langkah-langkah keselamatan yang ketat telah dilaksanakan untuk memastikan keselamatan para jemaah.

“Semua jemaah telah tiba di Mina dan akan menuju ke Arafat dengan menaiki bas selepas solat Subuh pada hari Isnin,” tambah Al-Shalhoub. – MalaysiaGazette