Gambar hiasan.

BENTONG – Sebanyak 98 buah kenderaan telah diarahkan berpatah balik di tiga sekatan jalan raya (SJR) di sini sepanjang tempoh lima hari pemantauan penguatkuasaan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Suprintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, sebanyak tiga SJR tersebut melibatkan jalan selepas Plaza Tol Bentong menghala Kuantan berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Bukit Tinggi dan Manchis.

“Statistik diarah berpatah balik dari 15 Julai 2021 sehingga 19 Julai ini sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) sebanyak 98 buah kenderaan.

“Mereka diarahkan berpatah balik kerana tidak mempunyai dokumen yang sah daripada pihak polis tiada dokumen rentas negeri menggunakan surat MITI bagi sebab yang tidak munasabah dan lain-lain lagi

“Manakala lima kompaun telah dikeluarkan di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong atas pelbagai kesalahan,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN :

Plaza Tol Bentong Lancar Menjelang Hari Raya Aidiladha

Perketatkan SJR elak orang balik kampung sambut Hari Raya Aidiladha

Beliau menasihati orang ramai untuk terus patuh kepada prosedur standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Jelas Zaiham, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kompauan ke atas individu yang melanggar Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021. – MalaysiaGazette