Amirudin Shari

KUALA LUMPUR – Sehingga hari, sejumlah lebih 15 peratus rakyat Selangor sudah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 masing-masing.

Menteri Besar,Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebanyak 15.27 peratus bersamaan 725,000 individu pula telah lengkap dua dos vaksin di Selangor,” katanya di Twitter hari ini.

Pada awal bulan ini, Amirudin berkata, Selangor telah mencapai sasaran 10 peratus penduduk yang divaksin berdasarkan kadar orang dewasa berusia 18 tahun ke atas.

Dalam pada itu, beliau berkata, negeri itu sudah mencapai hampir tiga juta penerima setakat hari ini.

“Setakat hari ini, sejumlah 2.95 juta dos vaksin telah disuntik di Selangor manakala, menerusi SelVAX pula, tambahan sebanyak 89,867 dos telah disuntik,” katanya.

Daripada jumlah itu, 2.23 juta rakyat Selangor telah menerima dos vaksin pertama mereka, katanya. – MalaysiaGazette