Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah menolak tawaran pengantaraan AirAsia dalam satu surat yang dihantar oleh peguam pengendali lapangan terbang itu. 

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengunjungi pejabatnya bagi menyiasat isu pemberian tender kontrak pemeriksaan dan ujian saringan awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

MAHB berkata, SPRM telah meminta maklumat dan dokumen berkaitan kontrak tersebut.

“Syarikat ini telah memberi kerjasama penuh dan memenuhi segala keperluan SPRM.

“Dan, tiada pertanyaa lanjut daripada SPRM,” katanya dalam notis kepada Bursa Malaysia.

MAHB turut mengesahkan tiada pertanyaan daripada SPRM berkaitan dengan tender Automated People Mover (APM), yang mana prosesnya masih belum dimuktamadkan.

Berhubung tender APM, Isnin lalu, MAHB telah mengeluarkan kenyataan yang memaklumkan proses perolehan untuk semua tendernya dilakukan dengan ketat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) perolehan, dengan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) berfungsi sebagai perlindungan tambahan untuk memberikan satu lagi lapisan kawalan dalam proses syarikat.

Tambahnya, proses perolehan syarikat juga telah mencapai pensijilan ISO 37001: 2016 untuk penggunaan ABMS. – MalaysiaGazette