Assimi Goita

BAMAKO – Presiden interim Mali, Assimi Goita menjadi sasaran serangan di masjid utama di ibu negara, Bamako, semalam, kata pejabatnya.

“Terdapat cubaan untuk menikam presiden, Kolonel Assimi Goita di masjid Besar Bamako,

“Pelakunya ditumpaskan dengan segera oleh pasukan keselamatan.

“Siasatan sedang dilakukan,” kata pejabat presiden itu menerusi akaun Twitter.

Menurut laman sesawang, Malijet, pengurus masjid, Latus Toure berkata: “Penyerang cuba menikam presiden, tetapi terkena orang lain,”.

Serangan tersebut berlaku ketika Mali, yang mana majoriti penduduknya Islam, sedang meraikan Aidiladha.

Goita merupakan individu di belakang dua rampasan kuasa di negaranya.

Beliau menyingkirkan Ibrahim Boubacar Keita pada Ogos 2020 dan Baj Ndaw pada Mei 2021.

Goita mengangkat sumpah sebagai ‘presiden dalam proses peralihan’ pada 7 Jun lalu. – MalaysiaGazette