KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ebit Lew menyangkal dakwaan kononnya beliau telah menggunakan wang sumbangan untuk misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, Palestin.
Sebaliknya, menurutnya, segala kos perbelanjaan untuk misi itu menggunakan wangnya sendiri.
Katanya, dakwaan yang dianggapnya fitnah melampau pihak tertentu kali ini memaksanya tampil membersihkan nama dan menafikan kononnya beliau membazirkan wang hasil sumbangan terhadap misi berkenaan.
“Saya sebenarnya pergi dengan duit saya sendiri ke Gaza, Palestin dan untuk makluman semua saya tak pernah buka satu tabung pun untuk misi kemanusiaan berkenaan seperti diporak perandakan di luar sana.
“Bagaimanapun apabila ada pihak yang menyatakan sebaliknya maka saya anggap ini sebagai ujian dari Allah SWT,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, petang tadi.
Beliau membuat laporan polis pukul 6.15 petang sebelum meninggalkannya IPD Dang Wangi kira-kira pukul 7.30 malam selepas bercakap kepada media.
Beliau yakin dakwaan dibuat untuk memburuk-burukkan niat baik pasukannya.
Sebelum itu, beliau terpalit dengan dakwaan dari rakyat Malaysia yang berada di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap, Caprice.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: