Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersama bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Ketua kepada Majlis Pemulihan Negara (MPN) harus diberikan kepada individu yang tidak boleh mendapat laba politik menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Presiden Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berpandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai individu yang paling layak untuk mengetuai MPN.

Jelasnya, Dr Mahathir adalah seorang ahli politik lama yang sudah berusia lebih 96 tahun dan tidak bercita-cita langsung untuk menjawat jawatan Perdana Menteri buat kali ketiga.

“Mungkin orang akan tuduh saya berkepentingan, tetapi saya lihat orang yang tidak ada cita-cita politik selepas ini.

“Tidak boleh seseorang yang mengepalai MPN ini bertujuan meraih laba politik dalam PRU15. Jadi saya cadangan Tun Mahathir kerana dia sudah berusia 96 tahun, tidak ada cita-cita untuk jadi Perdana Menteri kali ketiga.

“Agaknya dia sudah tidak bertanding dalam PRU15 kalau ada pilihan raya pada 2023 sebab umur dia sudah dekat 100 tahun. Mana ada orang yang bertanding PRU lagi kalau sudah capai usia sebegitu,” katanya dalam program Skop MG berjudul ‘Politik Semasa Pendemik: Rakyat jadi mangsa?’ terbitanMalaysiaGazette, malam tadi.

Selain Mukhriz, turut diundang penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.

April lalu, Mahathir berkata beliau tidak mahu menjadi Perdana Menteri untuk kali ketiga kerana sudah terlalu tua.

Namun Pengerusi Pejuang dalam pada itu bersedia memberikan nasihat mengenai apa yang diperlukan oleh negara.

Mengulas lanjut, Mukhriz beralasan bahawa Dr Mahathir mempunyai pengalaman luas dalam menangani krisis khususnya Krisis Kewangan 1997 yang melanda negara ketika bapanya menjawat jawatan Perdana Menteri keempat ketika itu.

“Jadi saya ingat bagi masa sampai penggal kita berakhir pada Julai 2023, jadi kalau diserahkan kepada beliau saya rasa boleh gunakan pengalaman sedia ada sewaktu dia tangani krisis kewangan.

“Kebetulan dia berlatar belakang doktor perubatan jadi dia lebih kurang faham cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini,” kata beliau.

Ditanya mengenai calon lain selain Mahathir, Mukhriz berkata tiada calon lain yang layak selain bekas Perdana Menteri itu.

“Saya tidak rasa Tun akan tolak sebab itu memang idea beliau selama ini,” kata Muhkriz.

Dr Mahathir pada Jun lalu mencadangkan penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) bagi menggantikan Majlis Gerakan Nasional (Mageran) yang ditubuhkan pada 1969.

Beliau berkata, tugas MPN adalah untuk mengurangkan peningkatan kes baharu Covid-19 sehingga mencapai imuniti kelompok (herd immunity) di negara ini.

Malah idea itu diambil kerajaan Perikatan Nasional (PN) khusus untuk memantau pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

MPN dipengerusikan oleh Muhyiddin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. fuad jakarshi …Kadir JASIN ..Nur jazlan BOLEH DIANGKAT….yang wibawa TUN ABDUL HAMID MOHAMMAD EX KETUA HAKIM NEGARA

  2. X tau lah aku nak komen ke nk gelak..blh percaya ke atok xda kepentingan…x puas lg ke atok oiii sdh² ler tu atok org dh fhm sgt..sng² suh anak² atok beli satu pulau dan jdkan negara baru bg boboy jd presiden merangkap perdana menteri negara atok tu..gerenti xda sapa pun yg marah.atau irihati

Comments are closed.