Datuk Seri Dr Santhara Kumar Deputy Minister New Zealand holidays P. Prabakaran
Datuk Seri Dr Santhara Kumar

KUALA LUMPUR – Semua aktiviti dan kemasukan kapal dagang asing ke Pelabuhan Labuan masih tidak dibenarkan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Santhara Kumar.

Santhara yang juga Pengerusi Pusat Penyelasaran dan Pengurusan Covid-19 Wilayah Persekutuan Labuan berkata, keputusan menangguhkan aktiviti kapal asing itu diambil setelah mengambil situasi pandemik lagi-lagi dengan serangan varian delta.

“Untuk memastikan Labuan berjaya ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara, mesyuarat juga telah mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan untuk memperketatkan kawalan Covid-19 sedia ada.

“Ini termasuk persempadanan untuk memastikan tiada lagi serangan Covid-19 terutama variance of concern lain seperti varian lambda yang boleh menyebabkan Labuan kembali ke situasi sukar seperti sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menyatkan demikian bagi mengulas kenyataan Datuk P. Kamalanathan pada hari ini yang menyatakan pelabuhan Labuan akan dibuka semula kepada kapal asing.

Tambah beliau, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan bersama Jabatan Kesihatan Negeri sedang menyediakan prosedur operasi standard (SOP) khas untuk aktiviti perkapalan dan industri minyak sebagai persediaan ke arah fasa 2 dan ia akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun katanya, kemasukkan kapal-kapal tempatan yang membawa barangan keperluan asas rakyat dibenarkan.

“Bagi kapal-kapal dagang antarabangsa yang mempunyai keperluan mendesak atas kepentingan negara boleh dipertimbangkan mengikut kes tertentu untuk memasuki WP Labuan.

“Namun kapal dagang antarabangsa tersebut perlu mematuhi SOP yang ketat termasuk keperluan memenuhi keperluan 21 hari daripada pelabuan terakhir sebelum kebenaran berlabuh dipertimbangkan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Pelabuhan Labuan akan dibuka untuk kapal asing