Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman RM715,573.77 dalam tempoh 24 jam yang diperolehi daripada 9,836 penyumbang bagi membayar wang jaminan mahkamah.
Berikutan itu, katanya, beliau menutup tabung mengumpul dana kerana wang yang dikumpulnya itu lebih daripada mencukupi untuk membayar wang jaminan tersebut.
Menurut Syed Saddiq, beliau hampir menitiskan air mata apabila menerima bantuan daripada seorang lelaki.
“Petang tadi, ada pakcik datang ke pejabat saya. Ingatkan nak minta bantuan. Rupanya nak sumbangkan RM100 ke saya.
I felt like crying,” katanya menerusi laman Facebook hari ini.
Semalam Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengenakan wang jaminan sebanyak RM330,000 terhadap Syed Saddiq berikutan dua pertuduhan salah guna dana Bersatu berjumlah RM1.12 juta.
Tambahnya, saat-saat seperti itu mengingatkannya mengapa  beliau menyertai politik.
“Bukan kerana jawatan atau wang, tetapi untuk membina Malaysia yang maju dan bermaruah. Lagi mereka tekan, lagi saya akan lawan,” ujarnya.
Katanya, tiada ancaman, ugutan, tawaran akan melemahkan usahanya untuk memberi keutamaan terhadap negara ini.
Syed Saddiq yang berterima kasih kepada penyumbang dana itu berkata, beliau berhutang budi kepada semua dan tidak akan berhenti membina Malaysia untuk semua warganya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. MANGSANYA RAKYAT…..AHLI POLITIK BERCARCA MARBA UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI DAN KUASA…..RM 715RIBU BANYAK MANFAAT KEPADA RAKYAT TERJEJAS….JIKA DIRI BERSALAH TANGGUNG SENDIRI TIDAK PERLU LIBAT DERMA/SOKONGAN PIHAK LAIN…..ITU BARU JIWA BESAR

    SADIQ PATUT LETAK JAWATAN MP kerana pernah SARANKAN mereka MP2 yang didakwa dan terlibat kes mahkamah LETAK JAWATAN sebagai gentleman…..cakap LIDAH KELING

Comments are closed.