Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Parlimen pembangkang, bebas dan UMNO diingatkan agar tidak menjadi tunggul sewaktu sidang Parlimen yang bermula Isnin ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi berkata, ahli-ahli Parlimen juga jangan jadi pelakon kalau sidang Parlimen ini hanya satu drama semata-mata.

Dalam hantaran di Facebook beliau, veteran UMNO itu berharap semoga Parlimen yang telah ‘dimandulkan’, tidak ‘mandul’ berpanjangan apabila kembali bersidang hari Isnin ini.

Katanya, ahli Parlimen dibenarkan mengemukakan soalan dan pandangan sepanjang lima sesi taklimat oleh menteri-menteri berkaitan walaupun tidak ada kenyataan jelas 12 dokumen (3 proklamasi darurat dan 9 ordinan darurat) yang dibentangkan itu akan “dibahas dan diundi”.

”Ingatlah YDP Agong telah bertitah pada 29 Jun 2021. Pengisytiharan darurat dan ordinan darurat mesti dibahas oleh ahli Parlimen di bawah Artikel 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

”Ahli Parlimen dipertanggungjawabkan dengan amanah rakyat. Tunaikan titah YDP Agong itu.,” katanya. – MalaysiaGazette