Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – ”Ramai yang mengeluh dengan kes harian tertinggi hari ini mencecah angka 15,902.

”Namun ada juga suara sumbang yang menyalahkan rakyat tidak berdisiplin. Benarkah begitu?,” soal Datuk Asyraf Wajdi Dasuki.

Ketua Pemuda UMNO itu berkata, rakyat lebih awal desak supaya kerajaan melaksanakan total lockdown betul-betul.

Malah Pemuda UMNO antara yang lantang bersuara mencadangkan pelaksanaan total lockdown antara 14 hingga 21 hari sebagaimana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dulu dengan menyediakan juga bantuan khas kepada rakyat yang terpaksa berkurung.

Namun, apabila Menteri Kanan Keselamatan waktu itu setuju tutup semua kilang ‘pintu depan’, Menteri Kanan Ekonomi merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa (MITI) pula buka ‘pintu belakang’.

Bahkan dengan bangga mengumumkan pembukaan kilang-kilang hingga mencecah 128,150 syarikat hanya tiga hari selepas Perdana Menteri akur dengan tuntutan rakyat apabila mengisytiharkan total lockdown pada 1 Jun 2021.

Itupun selepas angka kes baharu Covid-19 mencecah 8,290, tambah Asyraf.

Dakwa beliau, negara lain buat total lockdown berjaya turunkan kes jangkitan.

“Kita pula bagaimana?,” soal beliau.

Secara sinis beliau berkata, kalau memang niat dari awal nak buka kilang-kilang seperti biasa tak perlulah guna istilah total lockdown! – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kena tanya YB Zahid macam mana dia boleh positif, 2 ke 3 hari sebelum +ve ada pergi mesyuarat ke?

Comments are closed.