KUALA LUMPUR – Jumlah pemberian vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sejak dimulakan pada 24 Feb lalu sehingga semalam, mencecah 16,487,158 dos suntikan di seluruh negara.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian di Twitter berkata, setakat 11.59 malam tadi, jumlah keseluruhan populasi yang telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin adalah 5,264,760 atau 16.1 peratus.

“Sementara itu, 34.4 peratus atau 11,222,398 lagi telah mendapat suntikan dos pertama vaksin,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Bagi vaksinasi harian, Dr Adham berkata 462,242 dos diberikan semalam, merangkumi 301,536 individu menerima suntikan pertama manakala 160,706 penerima dos kedua. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast