PUTRAJAYA – Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya masih beroperasi dan tidak ditutup seperti ‘mesej viral’ baru-baru ini.

Sebaliknya dalam satu kenyataan oleh Hospital Putrajaya, pihaknya sedang menumpukan perhatian  kepada pesakit yang menerima rawatan Covid-19.

Ketika ini Hospital Putrajaya memberi tumpuan kepada kes kemasukan pesakit Covid-19 yang tinggi dan kes kritikal lain.

“Hospital itu juga menyediakan katil dan ruangan rawatan tambahan bagi menampung keperluan berkenaan,” katanya.

Kenyataan Hospital Putrajaya itu merujuk kepada mesej tular di media sosial yang mendakwa Bahagian Kecemasan hospital itu tidak menerima pesakit kerana tidak beroperasi.

Mesej yang tular itu turut memaparkan gambar katil tambahan di ruangan berdekatan Jabatan Kecemasan hospital berkenaan.

Selain itu Hospital Putrajaya juga menasihatkan pesakit bukan kecemasan untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran bagi mengekang penularan wabak Covid-19. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast