Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz bercakap kepada media selepas menyerahkan sendiri surat rayuan terhadap penggantungan keahliannya kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).Foto AFFAN FAUZI, 01 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata,  Tan Sri Annuar Musa tidak dijangkiti Covid-19 seperti yang dilaporkan media.

Menurut beliau, keputusan ujian saringan Covid-19 yang dibuat pada semalam adalah negatif.

“Kami semua (termasuk kakitangan pejabat Menteri Wilayah) lakukan ujian saringan semula pada 23 Julai (semalam), pegawai-pegawai semua dapat keputusan negatif,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Beberapa laporan media hari ini melaporan bahawa empat Ahli Parlimen yang rata-ratanya daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) positif Covid-19.

Antaranya yang dilaporkan positif adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman dan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Laporan sebelum ini juga memetik nama Annuar sebagai positif Covid-19.

Selain empat ahli Parlimen yang didapati positif, empat lagi Ahli Parlimen turut disahkan kontak rapat. – MalaysiaGazette