Wanita yang cuba terjun dari tingkat 14 pangsapuri ditenangkan oleh anggota bomba.

PETALING JAYA – Seorang wanita yang cuba terjun dari tingkat 14 pangsapuri di Pelangi Damansara di sini berjaya diselamatkan.

Wanita yang dikatakan mempunyai masalah kesihatan mental.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.42 tengah hari.

“Ketika tiba di lokasi wanitaberusia 37 tahun itu berada di bingkai tingkap bilik rumahnya dan pintu rumahnya berkunci dari dalam.

anggota bomba memotong pintu gril rumah wanita yang cuba terjun dari pangsapuri sebelum berjaya menyelamatkan mangsa.foto Ihsan Bomba

“Tilam udara kemudian diletakkan di bawah pangsapuri itu sebelum kerja menyelamat dijalankan dengan memasang tali menyelamat di tingkat 16.

“Anggota juga memecahkan pintu jeriji sebelum menyelamatkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan tengah malam tadi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast