KUALA LUMPUR – Sebannyak 33 lagi kluster baharu Covid-19 dikesan dengan 21 daripadanya membabitkan tempat kerja.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, baki 10 lagi kluster adalah komuniti dan dua membabitkan sektor pendidikan.
Katanya, kluster itu dikesan di Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sarawak.
“Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang ditemui setakat ini adalah sebanyak 3,485,” katanya menerusi kenyataan perkembangan terkini Covid-19, hari ini.
Noor Hisham berkata, masih terdapat 1,005 kluster yang aktif namun kluster-kluster yang sudah ditamat adalah sebanyak 2,480. – MalaysiaGazette