Parlimen Malaysia menyaksikan pertukaran tiga kerajaan dalam tempoh tiga tahun selepas BN kalah PRU14.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam sidang khas Parlimen sebentar tadi memberitahu bahawa Proklamasi Darurat tidak akan diteruskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihak kerajaan tidak akan menasihatkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melanjutkan Proklamasi Darurat.

“Kerajaan Persekutuan memutuskan tidak akan menasihatkan YDPA untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat baharu apabila tamat pada 1 Ogos nanti,” katanya di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Sehubungan dengan itu, Takiyuddin berkata semua ordinan darurat di bawah Proklamasi Darurat terbatal.

“Kerajaan telah membuat keputusan berdasarkan kepada Perkara 150 (3) untuk membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dibuat semasa Proklamasi Darurat ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Darurat sudah tiada, adalah PRK bagi kerusi YB yang kosong dan PRN Sarawak terpaksa di adakan.

  2. Mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Negeri memang perlu diadakan PRK atau PRN.
    Ini bermakna PRN Sarawak serta prk perlu diadakan yang akan ditentukan oleh pihak SPR.
    SPR boleh membuat sesuatu supaya kes PRN Sabah tidak berulang penularan covid19 dan rasa2nya pengundi pun berasa was2 untuk keluar mengundi jika pandemik masih tinggi.
    Jangan ada kempen atau datang bertandang daripada orang semanjung ke Sarawak atau Sabah dan begitu juga sebaliknya..
    1.Pengundi luar tidak perlu pulang hanya daftar di SPR saja sebagai pengundi luar .
    2. Calon2 yang bertanding hanya orang tempataan saja jika orang luar mahu juga menjadi calon perlu pengesahan Bebas Covid19 atau wajib buat swap test 2 kali seminggu selain sudah di vaksin.
    3. Tiada kempen rumah ke rumah atau sebarang ceramah.

Comments are closed.