Datuk Takiyudin Hassan

KUALA LUMPUR – Kuasa Perdana Menteri untuk memanggil sidang Parlimen bagi sesi Dewan Rakyat, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Menurutnya dalam sidang Parlimen, terdapat dua sidang Parlimen iaitu sidang biasa yang diadakan dan sidang khas yang diadakan tatkala isu-isu tertentu.

“Berdasarkan Perkara 11 (3), jelas menyatakan bahawa dalam konteks Parlimen Malaysia ada sidang biasa dan ada sidang khas. Contohnya pada 2009, sidang khas diadakan untuk membincangkan isu pencerobohan Israel,” jelasnya pada Sidang Khas Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun kenyataan Ahli Parlimen Kota Bharu (Pas) itu menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang mempersoalkan kenapa tidak ada proses undian kepada pelaksanaan sidang khas itu.

“Kenapa tidak ada undi?” soal Ahli Parlimen Puchong (DAP), Gobind Singh Deo.

Malah Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub (Amanah) juga berkata, titah Yang di-Pertuan Agong mahu sesi perbahasan diadakan dalam sidang khas ini.

“Yang di-Pertuan Agong titah untuk sidang Dewan Rakyat bahas,’ katanya.

Bingkas bangun juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (Amanah) bahawa tidak ada sesi undian dibuat dalam sidang khas Parlimen.

Malah katanya, tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk tidak mengadakan sesi undian jelas bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong.

“Adakah ini bermakna kerajaan ingin berperang dengan YDPA?” soal Mahfuz.

Lebih daripada itu, ahli-ahli Parlimen pembangkang mendakwa Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengelirukan dewan.

Salahuddin berkata, surat pertama dalam titah Yang di-Pertuan Agong jelas menitahkan Perdana Menteri untuk membuka sidang Parlimen.

“Yang Dipertuan telah mengelirukan dewan,” dakwanya.

Azhar kemudiannya berkata, amalan sidang khas yang dibuat hari ini sama seperti yang di buat di negara lain antaranya United Kingdom.

Katanya sidang khas Parlimen boleh dipanggil oleh kerajaan United Kingdom sama seperti kerajaan di Malaysia.

Malah katanya apabila negara mengadakan sidang khas ia akan diberikan kuasa kepada Perdana Menteri untuk memanggil sidang dewan.

“Tolong jangan tuduh saya mengelirukan dewan, di mana saya mengelirukan dewan? Saya bawa Perkara 11 (3) tadi,” jelas Azhar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. SAKIT JIWA gelagat MP PEMBANGKANG…..jadi hero TAMIL hari ini ….bila isu lantikan Muhyidin sebagai PM dan Proklamsi Darurat merekalah yang berpencak KHIANAT TITAH YDPA

    Denggarr dan tengokkk sini sayaaa ada nomborrrr yang meyakinkannnnn

Comments are closed.