Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Biro Undang-Undang Parti Amanah Negara (Kanun) menempelak sebarang bentuk intimidasi termasuk amaran dan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada beberapa orang doktor yang dilihat menyokong gerakan #HartalDoktorKontrak ini.

Tindakan itu tidak selari dengan kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, kata Naib Pengerusi Kanun, Fadhli Umar Aminolhuda.

Ini kerana, demonstrasi bertujuan meluahkan kekecewaan doktor-doktor muda yang hanya diberikan pekerjaan oleh kerajaan secara kontrak, sekali gus dinafikan pelbagai elaun dan keistimewaan yang dinikmati oleh doktor tetap walaupun tanggunjawab kerja 100 peratus sama.

Berikutan itu, Kanun menyediakan talian hotline di talian 010-4587548 kepada mana-mana doktor atau pekerja kesihatan yang dikenakan sebarang tindakan intimidasi atas sebarang penglibatan dalam gerakan ini.

” KANUN mengingatkan Kerajaan Perikatan Nasional dengan kata-kata Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Hishamuddin Yunos dalam Penghakimannya dalam kes Muhammad Hilman Bin Idham & Ors v Kerajaan Malaysia & Ors [2011] 6 MLJ 507:
Freedom of expression is one of the most fundamental rights that individuals enjoy. It is fundamental to the existence of democracy and the respect of human dignity,” kata beliau. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Tangguk jangan tak tangguk. Nanti bila air dah jernih nanti, susah nak dapat…

  2. AMANAH yang bertukar amNANAH…..nanti dakwa semua dipolitikan….apek kesayangan LGE dan sadiq didakwa pun atas politik….vaksin kononya lambat dSELANGOR pun politik. mereka perkena Najib tidak atas politik???

  3. Okaylah talian hotline tu. Kan lebih baik sediakan KHIDMAT GUAMAN untuk semua doktor-doktor kontrak seluruh Malaysia yang telah berdemonstrasi hari ini. Ini LEBIH BERMAKNA, kerana SUDAH SEMESTINYA Majlis Perubatan Malaysia dan KKM akan mengambil tindakan keatas mereka kerana mereka telah melanggar peraturan dan AKU JANJI yang mereka tandatangani!!! Financier AMANAH (i.e. DAP) tak bagi budget ke?? Sedangkan PENEROKA HARAM MUSANG KING (yang sah-sah SALAH dan PENGKHIANAT ALAM SEKITAR) diberikan KHIDMAT GUAMAN PERCUMA oleh DAP!!! Takkan lah doktor-doktor kontrak (frontliners!!!) yang bertungkus-lumur melawan Covid-19 HANYA DAPAT HOTLINE. Cermin-cermin lah diri anda wahai Parti Amanah!!!

Comments are closed.