Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali hadir pada pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur. foto IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 06 NOVEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Ucapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan ‘kemarahan’ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Port Dickson (PKR) dalam ucapannya sebelum itu menyentuh mengenai ‘malapetaka MITI’ yang menyebabkan kluster besar dalam penularan Covid-19 iaitu kluster kilang.

Anwar mengeluarkan hujahnya sambil merujuk kenyataan dan pengesahan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai perkara tersebut sebelum ini.

Perkara itu membuatkan Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak (Bersatu) bangkit meminta penjelasan Anwar.

Suasana dewan mula menjadi tegang apabila Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Mohd. Akin (PKR) meminta MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Indutstri) menjawab mengenai kluster kilang.

Tegas Mohamed Azmin, Anwar perlu bercakap menggunakan fakta dan data yang betul.

“Saya ada fakta. Sektor pembuatan bukan penyumbang utama. (Anwar) Guna emosi, saya nak bentangkan fakta kamu guna emosi,” tegasnya.

Anwar kemudiannya menamatkan sesinya meminta kerajaan supaya jangan memihak kepada kilang-kilang besar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast