Anggota polis sedang melakukan siasatan letupan di sebuah kedai daging di bandar Den Bosch, Amsterdam. foto Agensi

AMSTERDAM – Satu letupan berlaku di sebuah kedai daging milik peniaga Islam merosakkan premis dan kereta.

Tidak ada mangsa yang cedera.

Penyiar Belanda, NOS melaporkan bahan letupan kedua turut ditemui di tempat kedua di kedai berkenaan.

Bagaimanapun ia tidak meletup.

Letupan kira-kira pukul 01:00 GMT di bandar selatan Den Bosch merosakkan pintu depan dan tempat parkir kereta.

Kaca bersepah di sekitar kedai tersebut.

Penduduk di kawasan sekitar diminta keluar dari kediaman masing-masing sebagai langkah berjaga-jaga.

Rakaman video menunjukkan kawasan berkenaan telah ditutup dan dikawal oleh polis.

Rumah-rumah berhampiran dievakuasi sebentar sebagai langkah berjaga-jaga dan rakaman video menunjukkan polis menutup kawasan itu untuk siasatan selanjutnya. – MalaysiaGazette