Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed.Foto AFFAN FAUZI, 04 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Polis Kontinjen Selangor menafikan sekeras-kerasnya ada mengeluarkan sebarang surat kebenaran rentas negeri untuk tujuan membeli nasi ganja di Perak seperti yang dilaporkan oleh portal Harian Metro ‘Online’ bertarikh 26 Julai 2021 jam 3.51 petang.

Sebaliknya, surat kebenaran rentas negeri yang dikeluarkan hanyalah untuk tujuan penyelenggaraan pesawat atau ‘aircraft maintenance’ (penyelenggaraan pesawat) yang melibatkan perjalanan dari Selangor ke Perak.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, tajuk berita yang digunakan oleh portal tersebut telah menyebabkan kekeliruan kepada masyarakat dan boleh dianggap sebagai berniat jahat.

Penggunaan tajuk yang sebegini, tidak memberi gambaran tepat berhubung situasi sebenar kejadian tersebut sekaligus boleh menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sehubungan itu, pihak Polis Kontinjen Selangor mengingatkan kepada para wartawan khususnya di negeri ini, supaya lebih sentisitif dan peka dalam pemilihan tajuk agar berita yang disiarkan tidak menjejaskan atau menjatuhkan imej mana-mana pihak. – MalaysiaGazette

Polis buka siasatan helikopter bawa nasi ganja ke ibu negara

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast