KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 1 sen seliter daripada RM2.73 seliter kepada RM2.74 seliter mulai esok hingga 4 Ogos ini.

Kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, kata Kementerian Kewangan.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette