BAGHDAD – Sebuah helikopter tentera Iraq terhempas di wilayah utara negara itu menyebabkan lima anggota tentera terbunuh, menurut pengumuman rasmi.

Helikopter Mi-17 itu terhempas ketika melakukan misi pertempuran di daerah Tuz Khurmatu di wilayah Salahuddin.

Bagaimanapun tiada maklumat mengenai punca kemalangan didedahkan.

Tentera udara Iraq, termasuk helikopter tempur dan pesawat pejuang, biasanya terlibat dalam misi membenteras kumpulan Daesh. – MalaysiaGazette