Wong Chen

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang, Wong Chen berkata tiada kelibat mana-mana Menteri Kabinet Perikatan Nasional (PN) berada di dalam Dewan Rakyat ketika ini.

“Tiada ada tanda-tanda setakat ini mana-mana menteri PN kembali ke Dewan Rakyat selepas berada di kediaman peribadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Apakah alasan Speaker untuk penangguhan jam 5.51 petang nanti,” katanya hari ini.

Wong Chen yang juga Ahli Parlimen Subang berkata, semua Ahli-ahli Parlimen yang hadir hari ini dikehendaki mengadakan ujian saringan.

Beliau berkata, ujian saringan yang dilakukan ke atas beliau adalah negatif.

Sidang Khas Parlimen hari ini ditangguhkan tiga kali ekoran kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara tengah hari tadi. – MalaysiaGazette