gambling dens centres Malay Muslims Ahli Parlimen Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Sidang Khas Parlimen di dalam Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 26 JULAI 2021. revocation of Emergency Ordinance Takiyuddin Hassan Istana Negara Yang di-Pertuan Agong
Opposition Chief and Member of Parliament of Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim at the Dewan Rakyat sitting in the Parliament. PIX: Courtesy of the Department of Information / MalaysiaGazette /26 JULY 2021.

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar sidang khas Parlimen ditambah waktu penjelasan menteri atau menambah hari persidangan.

Anwar membuat permintaan itu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berikutan banyak isu penting tidak dapat dibincangkan seperti isu pendidikan dan kesihatan.

“Ramai Ahli Parlimen yang tidak dapat kesempatan menyampaikan pandangan mereka pada sesi ini kerana masa yang terbatas.

“Saya faham kekangannya dan saya setuju dengan apa diumumkan Speaker sebelum ini, sabit dengan keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) kerana Covid-19 tetapi saya minta pertimbangan bincang dengan menteri untuk tambah hari,” katanya sebelum sesi penjelasan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat.

Anwar berkata, isu-isu seperti pendidikan dan kesihatan sangat-sangat penting untuk dibincangkan pada sidang khas Parlimen.

Mengulas mengenai perkara itu, Azhar berkata, beliau tidak mempunyai kuasa untuk menambah masa.

Jelas beliau, hanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan sahaja boleh mengusulkan untuk beliau berbuat demikian.

Katanya, adalah tugas Takiyuddin sama ada mahu atau tidak menambah serta menamatkan lebih awal persidangan khas di Dewan Rakyat.

“Tentang masa ini banyak persepsi tak betul dibuat di luar sana.

“Sebenarnya bukanlah menjadi kuasa saya untuk tambah masa. Tiap-tiap persidangan majlis mesyuarat khas dimulakan pada 10 pagi hingga 1 tengah hari dan disambung 2.30 petang hingga 5.30 petang. Selepas itu saya boleh tambah 15 minit sahaja,” katanya.

Oleh yang demikian, Azhar meminta Anwar untuk mengadakan perbincangan dengan Takiyuddin berhubung permintaan untuk menambah masa bersidang itu.

“Kalau ada usul tersebut saya ikut, ini keputusan Dewan. Sekali lagi saya tegaskan kuasa ini (tambah masa bersidang) bukan kuasa saya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast