Charles Brewer -

KUALA LUMPUR – Charles Brewer dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpuan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mulai 1 Ogos ini.

Brewer pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif DHL Express antara tahun 2004 dan 2006.

Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Penyelesaian Pelanggan Global untuk DHL Express di Malaysia antara tahun 2000 dan 2002.

Pengerusi Pos Malaysia, Syed Faisal Albar percaya pengalaman Brewer dan pengetahuannya dalam pasaran Asia adalah baik untuk Pos Malaysia. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Walaupun kita telah merdeka, kita masih diJAJAH. Apakah keperluan melantik Charles sebagai CEO Pos Malaysia? Apakah Malaysia ketandusan orang tempatan yang LAYAK? Sekiranya orang tempatan TIDAK DIBERI peluang untuk mengemudi Pos Malaysia, sampai bila orang temptan akan dapat menumba ilmu dan nenunjukkan kebolehan mereka? Sebelum ini, MAS telah diterajui oleh CEO asing untuk memulihkan MAS, TETAPI tetap gagal!!! PETRONAS, CEOnya warga tempatan, tetap berjaya. Banyak lagi syarikat-syarikat besar yang diterajui oleh warga tempatan BERJAYA. DHL sangat berjaya, pada pandangan saya bukan disebabkan oleh Charles, tetapi peneraju-peneraju syarikat konglomerat tersebut!!! Board of Governance Pos Malaysia sepatutnya diberikan KEBEBASAN untuk menentukan halatuju Pos Malaysia dan kerajaan patut mengeluarkan polisi-polisi kepada platform-platform perniagaan atas talian UNTUK MEWAJIBKAN penggunaan Pos Malaysia SAHAJA teman sebagai logistik mereka, untuk menyuntik peluang kepada Pos Malaysia.

Comments are closed.