Azhar Azizan Harun

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengecualikan dirinya daripada membuat sebarang keputusan mengenai usul berkaitan Peguam Negara.

Menurutnya, ini ekoran satu usul yang diterimanya daripada Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran pada 29 Julai lalu.

Usul tersebut mempunyai hal-hal bersangkutan dengan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun yang merupakan abang kandungnya.

“Oleh kerana itu, saya telah membuat keputusan untuk mengecualikan diri saya daripada membuat apa-apa keputusan mengenai, berkenaan atau pun yang bagaimana juga pun berkaitan dengan usul tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Azhar berkata, sebarang keputusan mengenai usul berkenan diserahkan kepada dua timbalannya, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Saya tidak campur tangan di dalam apa cara sekalipun di dalam pelaksnaan tugas timbalan-timbalan Yang di-Pertua di dalam hal berkaitan,” katanya lagi.- MalaysiaGazette