Azalina Othman Said Covid-19 positive
Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menjadi salah seorang daripada nama yang dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Selain Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu, bekas Perdana Menteri itu juga menamakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Fadzil dan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.

Katanya, cadangan untuk melantik mereka tidak bermakna pegawai-pegawai tinggi kerajaan akan terpinggir.

“Saya cadang supaya Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Kesihatan dan kesemua Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Sabah dan Sarawak serta Negeri Negeri lain di Semenanjung dilantik sebagai ex-officio.

“Mereka ini akan dijemput hadir bila berkaitan dengan peranan mereka,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) juga turut mencadangkan veteran politik, Tan Sri Rafidah Aziz selain Tan Sri Mohamed Azman Yahya, Tan Sri Lin See Yan, Prof. Dr Jomo K. Sundram dan Tan Sri Mohd Hassan Marican untuk menyertai MPN.

Dalam bidang perubatan, Ahli Parlimen Langkawi itu mencadangkan, Tan Sri Dr. Abu Bakar Suleiman, Datuk Prof Dr Adeeba Kamarulzaman, Prof Datuk Dr Lam Sai Kit, Datuk Dr Musa Nordin, Datuk Dr Amar Singh HSS dan Dr Kumitaa Theva Das untuk memberikan fokus berhubung perkara itu.

Beliau berkata, di sudut perundangan pula beliau mencadangkan Prof Emeritus Datuk Shad Faruqi dan Prof Datuk Salleh Buang untuk bertindak memastikan segala tindak-tanduk MPN tidak mencabar kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan.

Bagi mengatasi masalah pendidikan, Mahathir bercadang memberi penekanan kepada pembelajaran dari rumah dan menggunakan televisyen dan program-program yang dirakam oleh ahli-ahli akademik, guru-guru dan pendidik terbaik supaya ibu bapa mudah membantu anak mereka dalam pelajaran.

Antara nama-nama yang dicadangkan oleh beliau bagi tujuan tersebut adalah Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz, Tan Sri Mohd Shukri Ab Yajid dan Samuel Isaiah.

Menurut Mahathir, ahli-ahli politik yang dicadangkan oleh beliau untuk menyertai MPN tidak boleh terikat dengan parti mereka.

Malah, setiap dari anggota-anggota MPN itu boleh dengan kepakaran dan pengalaman mereka membentuk sub-committee sendiri untuk mencadang langkah-langkah perlu dan diaju kepada MPN, katanya.

Tambahnya, jika mereka dilantik dan MPN diberi kuasa untuk menangani krisis yang dihadapi negara secara fokus dan terancang, beliau yakin badan itu akan mampu membantu negara keluar dari kemelut yang begitu menggerunkan.

“Nama-nama yang disenarai itu dibuat tanpa pengetahuan dan persetujuan mereka. Saya bagaimanapun percaya dengan perkenan Yang diPertuan Agong, apabila mereka dijemput menjadi anggota MPN, mereka akan bersetuju kerana ini satu national service atau khidmat negara.

“Jika MPN yang saya cadangkan ini diterima, badan ini akan dapat berfungsi dengan segera dan hit the ground running,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Jomo pun ada…bukan masa Medey PH dulu dia jadi penasihat yg gagal dgn Zeti yg suami dia ada kes di Singapura? Jahanam lerrrrrr

Comments are closed.