Pekerja sektor pembuatan menerima suntikan vaksin di tapak pusat pemberian vaksin (PPV) di bawah program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam Swasta (PIKAS) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 28 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Kes harian Covid-19 menunjukkan penurunan sebanyak 636 kes hari ini, berbanding semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif mencecah 17,150 kes dengan sebanyak 1,130,422 kes kumulatif, setakat jam 12 tengah hari ini.

KUALA LUMPUR РSebanyak 17,150 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini, turun 636 kes berbanding semalam, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,130,422 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penurunan kes harian itu berpunca daripada penyusutan kes baharu harian dari 10 negeri di seluruh negara di mana Terengganu, Negeri Sembilan dan Kelantan mencatatkan penurunan terbesar, masing-masing sebanyak 454, 121 dan 120 kes.

“Sehingga 1 Ogos 2021, jumlah kes Covid-19 sebanyak 17,150 kes. Selangor masih kekal menjadi negeri tertinggi kes hariannya dengan 6,326 kes.

“Ia diikuti dengan Kuala Lumpur (2,086), Kedah (1,511), Johor (1,045) dan Sabah (1,002), Negeri Sembilan (809), Pulau Pinang (752), Perak (693), Melaka (686), Pahang (676), Sarawak (578).

“Manakala kes baharu di bawah 500 kes pula dicatatkan di Kelantan (459), Terengganu (429), Putrajaya (72), Perlis (21) dan Labuan (5),” katanya dalam catatan terbaru di Twitter miliknya, hari ini.

Daripada jumlah kes baharu hari ini, hanya satu kes import dikesan membabitkan seorang warga tempatan, manakala kes tempatan pula sebanyak 17,149 kes di mana 14,443 kes adalah warganegara dan 2,706 pula bukan warganegara.

“Kes aktif setakat hari ini berjumlah 195,273 kes, manakala kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 1,059 kes serta kes memerlukan bantuan pernafasan berjumlah 531 kes,” katanya.

Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan sebanyak 11,326 kes sembuh dengan kes kumulatif berjumlah 925,965 kes atau 81.9 peratus setakat hari ini.

Sementara itu, kes kematian hari ini menunjukkan sedikit penurunan, dari 165 kes semalam kepada 160 kes hari ini di mana 140 adalah warganegara dan 20 pula bukan warganegara, sekaligus menjadikan kes kumulatif berjumlah 9,184 kes.

“Daripada jumlah itu, 55 kes di Selangor, 25 kes di Kuala Lumpur, masing-masing 14 kes di Negeri Sembilan dan Johor; masing-masing 10 kes di Melaka dan Kedah; lapan kes di Pahang, tujuh kes di Sabah; enam kes di Pulau Pinang; masing-masing empat kes di Kelantan dan Perak, serta tiga kes di Terengganu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 23 kluster baharu dikenal pasti hari ini, manakala 2,586 kluster yang lain pula ditamatkan, sekaligus menjadikan kluster aktif berjumlah 1,116 kluster,” katanya lagi. – MalaysiaGazette