worst scenario new Variant of Concern VOC Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah at a news conference on the Covid-19 updates in the country. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 08 MAY 2021. Covid-19 new daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kluster tempat kerja masih menjadi penyumbang terbesar kepada penularan pandemik Covid-19 di negara ini dengan 11 kluster direkodkan berbanding keseluruhan 23 kluster yang dikenal pasti, setakat hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak lima kluster tempat kerja dikesan di Johor, berbanding Kelantan hanya dua kluster sahaja.

“Kluster tempat kerja turut dikenal pasti masing-masing satu di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain tempat kerja, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti lapan kluster komuniti kedua tertinggi kepada penularan Covid-19 di negara ini.

“Daripada jumlah itu, KKM mengesan tiga kluster komuniti baharu di Kelantan, dua kes di Sabah dan masing-masing satu di Sarawak dan Selangor.

Selain itu, sebanyak dua kluster berisiko tinggi baharu dikesan hari ini, masing-masing satu di Selangor dan Kuala Lumpur.

“Manakala bagi kluster institut pendidikan KPM dan kluster pusat tahanan masing-masing satu klsuter sahaja dikesan hari ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette