ISTANBUL – Para pelancong telah dibawa keluar dari pantai di barat daya Turki, ketika kebakaran terus marak dan mengancam hotel dan kediaman.
Kapal pantai Turki – dibantu oleh kapal persendirian dan kapal layar – dikerahkan untuk membawa pelancong, menurut media tempatan.
Di bandar Bodrum, penghuni-penghuni tiga hotel lima bintang telah dipindahkan.
Kebakaran yang berlaku sejak Rabu lalu telah mengorbankan enam orang.
Dua lagi kematian disahkan semalam.
Mangsa-mangsa itu adalah antara ribuan orang yang telah memerangi hampir 100 kebakaran di pusat peranginan dan kampung di pantai Mediteranean dan Aegean Turki – sebuah kawasan pelancongan utama.
Daripada semua, sebanyak 10 kebakaran dapat dikawal.
Penyiasat sedang berusaha untuk memastikan sama ada beberapa kebakaran itu dilakukan dengan sengaja, ketika ada laporan seorang yang disyaki melakukan pembakaran telah ditahan.
Semalam, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengunjungi bandar Manavgat, apabila lima kematian akibat kebakaran telah disahkan.
Erdogan berjanji pemerintah akan melakukan apa sahaja untuk membantu ratusan mangsa yang terlibat untuk membina semula kehidupan mereka. – MalaysiaGazette