Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin waves to the photographers as he leaves his house in Bukit Damansara, Kuala Lumpur. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 03 AUGUST 2021.
Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin waves to the photographers as he leaves his house in Bukit Damansara, Kuala Lumpur. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 03 AUGUST 2021. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melambai semasa meninggalkan dari kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 03 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar meninggalkan kediamannya di sini menuju ke Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pagi tadi.

Beliau tiba di bangunan pejabatnya sekitar jam 10.28 pagi tadi.

Terdahulu, beberapa buah kenderaan pengiring polis dan pengawal peribadi memasuki pekarangan rumah di Jalan Setia Bakti 6, Bukit Damansara sekitar jam 8.50 pagi tadi.

Kemudian Ahli Parlimen Pagoh itu muncul dengan menaiki kenderaan Vellfire hitam  sebelum menurunkan tingkap dan melambai ke arah pengamal media yang berkampung seawal 8 pagi lagi.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Sabri, Hamzah dan AG di kediaman Muhyiddin 

Malam tadi, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Peguam Negara Tan Sri Idris Harun antara beberapa orang kenamaan dan anggota Kabinet Perikatan Nasional yang dilihat mengadakan pertemuan di kediaman Muhyiddin.

Hampir 10 kenderaan orang kenamaan itu telah meninggalkan kediaman Muhyiddin termasuk  Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Faizal Azumu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast