KUALA LUMPUR – Jutawan terkenal, Datuk Seri Vida kembali menjadi perhatian ramai selepas dia mempromosi sejadah keluarannya yang diberi nama Sejadah Makbul Doa.
Ini kerana terdapat netizen yang menuduh dirinya kini menjadi penunggang agama untuk melariskan produknya.
Namun jelas Vida, sejadah tersebut diinspirasi daripada Mekah dan pada masa sama bagi melepaskan rasa rindu mereka dengan Masjidil Haram.
“Tiada sekali kali niat begitu melainkan bila solat dan berdoa atas sejadah ini seolah bayangan tempat makbul doa. Kata kata pun adalah doa dan menambahkan doa makbul adalah tempat multazam doa di Mekah.
“Saya rindu nak tatap kaabah. Teringat doa saya di multazam waktu pergi Umrah tahun tahun sebelum ni.
“Jadi cara saya nak lepaskan rindu saya keluarkan, sejadah yang diinspirasikan daripada pintu kaabah, Hajarul Aswad, Kiswah di Masjidil Haram,” tulisnya.
Tidak kurang juga ada yang mendakwa perbuatan tersebut khurafat serta ada netizen menuduh usawahan tersebut sebagai penunggang agama. – MalaysiaGazette