Alex Telles. Foto Manchester Evening News.
LONDON – Pemain pertahanan kiri,  Alex Telles berkemungkinan terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi lebih awal bersama Manchester United menjelang musim baru 2021/2022 berikutan kecederaan pada bulan lalu.
Ini kerana Telles, 27, dilihat memakai alat perlindungan kaki semalam menuju keluar dari sebuah restoran di Manchester baru-baru ini.
Pemain kelahiran Brazil itu dijangka dapat kembali pada awal Oktober nanti.
Dia mendapat kecederaan pada latihan jelajah pra musim bulan lalu.
Sebelum ini, kelab Itali, AS Roma yang kini di bawah oleh Jose Mourinho dilaporkan berminat untuk mendapatkan Telles. – MalaysiaGazette