KUALA LUMPUR – Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menggesa Kerajaan Malaysia membenarkan individu yang sudah lengkap dengan 2 dos vaksin Covid-19 merentas negeri bagi tujuan pelancongan domestik.

Dengan adanya kebenaran ini dapat merancakkan kembali industri pelancongan yang sudah lama terhenti akibat pandemik Covid19.

Presidennya, Datuk Mohd Khalid Harun berkata, MATA amat berterima kasih kepada pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang telah berusaha untuk memastikan semua pihak yang terbabit dalam sektor pelancongan supaya diberikan vaksinasi dengan kadar segera sebagai persediaan bagi pembukaan semula industri pelancongan.

Kerajaan Malaysia melalui MOTAC perlu memastikan imuniti kelompok dicapai
di lokasi pelancongan terkenal tempatan bagi membolehkan pembukaan
semula industri pelancongan.

Oleh itu MATA menyaran agar kerajaan dapat meluaskan program imunisai ke pulau peranginan lain supaya lebih banyak pihak yang terbabit dalam industri pelancongan dapat divaksinasikan secara besar-besaran.

Menurutnya, pembukaan semula pelancongan domestik disifatkan penting untuk
mengimbangi semula kerugian, sekali gus meningkatkan pendapatan
masyarakat tempatan dalam bidang terbabit terutamanya melibatkan ahli-ahli
MATA.

MATA memandang, program vaksinasi ini amat penting kepada barisan hadapan dalam bidang pelancongan seperti pekerja hotel, sektor penerbangan dan sub pelancongan seperti pekerja spa dan mereka terbabit dalam seni muzik.

Katanya, MATA juga sentiasa menjalinkan kerjasama erat dengan dengan MOTAC bagi
memastikan ahli-ahli kami yang terjejas dibantu untuk bangun semula bagi
membolehkan pembukaan industri pelancongan domestik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast