Foto Instagram Aishah.

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular Aishah mencadangkan agar syarikat pengeluar baju sukan diberikan bajet untuk menghasilkan pakaian sukan ‘aurat friendly’ untuk atlet wanita Malaysia yang beragama Islam.

Menerusi hantaran di Instagram, apa yang diluah itu hanya sekadar cadangan setelah melihat atlet beragama Islam bertanding di Sukan Olimpik Tokyo.

“Melihat performance athletes kita di Olympics membuatkan hati rasa kembang dgn rasa bangga melihat bendera negara berkibar. Membawa perhatian I pada beberapa athelets Melayu Islam wanita dalam beberapa acara ni. Bukanlah nak tunjuk alim bagai, cuma pemerhatian dan cadangan. Mana tau kerana faktor ini lebih ramai athlete Muslim wanita yg beraksi.

“Seperti acara track, acara renang dan acara gymnastics. Semua pun tahukan cara pemakaian acara2 ini. I rasakan sudah sampai masanya perkara2 mcm inilah yg kita harus perjuangkan. Berikan budget utk syarikat2 pengeluar baju sukan untuk mereka pakaian aurat friendly bagi athlete Muslim bukan saja wanita tetapi lelaki,” tulisnya.

Menurut Aishah, apa yang dicadangkan itu bukan bermakna diriya kolot, sebaliknya ia adalah berdasarkan pembacaannya tentang atlet gimnastik Jerman baru-baru ini.

Ujarnya, sudah seharusnya ada usaha ke arah berkenaan dan perkara itu boleh dijadikan pilihan buat atlet yang bertanding.

“Ini bukan kolot ok, I baru baca article mengenai team gymnastics Germany yg memakai pakaian yg menutup bahagian2 yg perlu. Kenapa?? Bukan kerana tiba-tiba dah peluk Islam, tapi kerana mereka tidak mau acara sukan mereka dikaitkan dgn sexual connotation yg negative. Haaa tu dia…habis kita yg Muslim ni tak nak ke usaha skit ke arah tu???

“Sekurang2nya sebagai ‘option’ atau pilihan pada athlete itu sendiri. Ada kemungkinan ke,yg lebih ramai remaja perempuan Muslim kita akan bergiat dlm acara gini sekiranya ada pilihan pakaian begini. I mean kalau I ada anak perempuan sekali nak masuk acara2 gini, entahlah,mungkin I akan suggest dia masuk acara lain 😁😁😁Just my 2 cents worth,” ujarnya. – MalaysiaGazette