Pertanding Durian Kampung Premium mendapat sambutan peringkat Mukim Tioman, Rompin.

ROMPIN – Minat mendalam mengenali Raja Buah telah menarik minat seramai 17 peserta menyertai Pertandingan Durian Kampung Premium yang dianjurkan Pejabat Pertanian Daerah Rompin.

Pegawai Pertanian Daerah Rompin, Norazlina Ismail berkata, pertandingan itu terbuka kepada penduduk sekitar Mukim Pulau Tioman.

Objektif penganjuran program bagi komuniti menghargai durian kampung premium dan supaya lebih mengenalinya setiap kali tiba musim durian.

“Durian kampung premium merupakan buah durian yang ditanam menggunakan biji dan berdaftar di dalam senarai pendaftaran Varieti Tanaman serta standard yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pertanian.

“Ia sekaligus dapat mendidik masyarakat mengenali durian kampung premium yang berkualiti tinggi atau gred yang rendah supaya durian kampung akan mendapat harga yang setimpal dengan kualiti,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette hari ini.

Tambah Norazlina, pertandingan tersebut menyasarkan kumpulan petani, penjual buah dan masyarakat sekitar Tioman bagi mempromosi keunikan duiran kampung premium tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN :

Polis siasat syarikat langgar SOP beri durian percuma

Kemelut durian: Apakah kesudahannya?

“Antara ciri-ciri durian kampung premium ialah berbuah bertangkai besar, tidak busuk atau tidak reput dan berpenyakit.

“Berbentuk sempurna, isi berwarna kuning, krim atau jingga, rasa lemak dan dan sedikit pahit serta beratnya melebihi satu kilogram dan kemanisan isi melebihi 25 Brix(Bx).

“Peraduan ini, akan dapat membantu petani, penjual buah dan masyarakat menegnalpasti ciri -ciri durian kampung premium dengan harga setimpal dengan kualiti buah yang ditawarkan di samping dapat menambahkan pendapatan petani,” katanya. – MalaysiaGazette