Mengikut statistik laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), sehingga 2 Ogos, sebanyak 31.3 peratus (1,184,151 individu) atau orang menerima vaksin dos pertama manakala tiada statistik memaparkan kadar vaksinasi dos kedua.
“Saya sebagai Sultan Johor bertanggungjawab dan diamanahkan untuk menjaga rakyat saya. Nyawa tidak boleh dijual beli. Saya selalu fikirkan penderitaan rakyat saya terutamanya mereka yang jatuh sakit dengan Covid-19 dan yang telah meninggal dunia.
“Keadaan penularan yang sememangnya membimbangkan kini menjadi lebih parah dengan merebaknya kes-kes varian Delta. Strateginya amat jelas iaitu kita mesti memvaksinkan seramai mungkin populasi negeri kita dengan kadar secepat yang mungkin.
“Amat mengecewakan apabila kami seolah-olah perlu merayu untuk mempertingkatkan kadar vaksinasi untuk keselamatan rakyat kita sendiri,” titah baginda menerusi laman rasmi Facebooknya hari ini.
Titah Sultan Ibrahim lagi, baginda bersama Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail juga telah lama membincangkan hal berkenaan selain meminta vaksin yang lebih banyak untuk rakyat Johor.
“Saya amat mengharapkan imuniti kelompok dapat dicapai secepat mungkin di Negeri Johor malah di seluruh negara supaya kesannya kepada kehidupan seharian semua lapisan rakyat dapat pulih,”katanya.- MalaysiaGazette
Kerajaan Johor kena beli sendiri vaksin seperti Sarawak dan Selangor untuk do beri kepada pendatang asing, atau pekerja kilang supaya lebih cepat.