PDRM MACC Rohana Rozhan Tim Leissner 1MDB scandal corruption US$10 million London home ex-lover
Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) Director, Datuk Seri Abd Jalil Hassan. PIX: HAFIZ SOHAIMI / MalaysiaGazette / 03 JULY 2021 Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan .Foto HAFIZ SOHAIMI, 03 JULAI 2021

KUALA LUMPUR – Polis meminta semua pihak bersabar dan memberi ruang dan masa secukupnya untuk melengkapkan kertas siasatan berhubung kenyataan kontroversi dimuatnaik Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Facebook membabitkan isu berkaitan Allah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata, kenyataan dibuat veteran DAP itu masih dalam proses siasatan polis.

Pun begitu katanya, polis masih menunggu tarikh yang sesuai dari pemimpin itu untuk tindakan lanjut.

“Beri sedikit masa untuk kita (PDRM) siasat isu berkenaan.

“Sehingga kini Polis belum dapat lagi tarikh yg sesuai dari YB LKS utk dirakam percakapanya….kami.masih menunggu darinya,” katanya secara ringkas ketika dihubungi hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lebih lanjut berhubung kes tersebut.

Kes itu telah disiasat mengikut Seksyen 298A dan 505(b) Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata, kenyataan yang dikeluarkan pemimpin veteran DAP itu berkaitan Allah dilihat berunsur hasutan dan cuba memecahbelahkan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

Selain itu, Hamzah juga menegaskan siasatan perlu diperluaskan kepada mana-mana individu yang dikenalpasti bagi melakukan tindakan sama hingga menggugat keharmonian di negara ini.

Penasihat DAP itu dikatakan memuat naik kenyataan berbahasa Inggeris di laman Facebooknya yang didakwa menyentuh sensitiviti masyarakat Islam di negara ini sebelum memadamkan status itu beberapa jam kemudian selepas menerima kritikan netizen.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast