Orang awam yang disyaki positif Covid-19 hadir seawal pagi bagi melakukan penilaian kesihatan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), Dewan Serbaguna Pelabuhan Klang. Foto MOHD ADZLAN, 01 OGOS 2021. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kes positif Covid-19 baharu hari ini terus meningkat kepada angka tertinggi baharu 20,596 kes.

Ini menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 1,203,706 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini Selangor masih menjadi negeri paling tinggi mencatatkan kes harian iaitu 8,549.

Ia diikuti dengan Kuala Lumpur yang menunjukkan peningkatan berbanding semalam, iaitu 2,163 dan Kedah 1,446 kes.

Johor (1,300), Sabah (1,062), Pulau Pinang (1,022), Negeri Sembilan (989), Perak (916), Sarawak (759), Kelantan (772), 622, Terengganu (501), Pahang (426), Putrajaya (50, Labuan 15 dan Perlis 4.

Semalam, kes positif Covid-19 adalah 19,819 manakala 257 kematian yang direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Kita tak gagal, tapi belum berjaya! letak jawatan lah Muhyidin…dan lebih 10 ribu rakyat maut…ko nak tunggu berapa ribu lg maut sebelum letak jawatan?

Comments are closed.