Mohd Razlan Rafii
Mohd Razlan Rafii

KUALA LUMPUR – Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berkuatkuasa serta-merta.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, keputusannya itu sebagai mentaati parti yang menarik sokongan kepada kepimpinan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sebagai mentaati keputusan UMNO yang telah menarik sokongan kepada kepimpinan kerajaan Muhyiddin, saya dengan ini meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga LTAT.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sudi melantik saya sebagai Ahli Lembaga LTAT.

“Saya juga ucapkan terima kasih kepada semua pihak dan kepada semua warga kerja LTAT yang selama ini telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang perkhidmatan saya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd Razlan, UMNO sebagai parti yang menjunjung Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan meletakkan keutamaan kepada rakyat tidak akan mensia-siakan nasib rakyat yang sedang diabaikan oleh Perdana Menteri. – MalaysiaGazette