A Covid-19 body is laid to rest at Bliss Gardens Memorial Park, Selangor. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 08 JUNE 2021. Covid-19 deaths death
A Covid-19 body is laid to rest at Bliss Gardens Memorial Park, Selangor. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 08 JUNE 2021.

KUALA LUMPUR – Satu kluster baharuĀ  dikenal pasti di Kota Belud, Sabah berpunca daripada majlis pengebumian.

Kluster Tampasuk Kota Belud itu bermula daripada seorang wanita berumur 32 tahun yang bekerja sebagai juruwang di sebuah bank yang disahkan positif pada 26 Julai 2021.

Datuk Masidi Manjun yang menjadi jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah berkata, seramai 29 kes positif selepas pengesanan kontak rapat dilakukan.

“Hasil pengesanan secara aktif dan saringan terhadap 159 kontak mendapati 29 kes positif Covid-19 termasuk sembilan kes baharu hari ini.

“Semua 29 kes positif ini telah dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut dan pengasingan di Hospital Queen Elizabeth dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC). Setakat ini, kontak-kontak rapat telah diarahkan kuarantin untuk pengasingan,” katanya menerusi kenyataan perkembangaan Covid-19 di negeri itu.

Sementara itu, beliau berkata, sehingga semalam jumlah kes positif Covid-19 Sabah menurun 61 kes berbanding 3 Ogos iaitu 1,010 kes.

“Jumlah kes baharu turun sedikit (4 Ogos) tetapi masih tinggi iaitu (949) kes,” tambahnya.

Katanya, daerah Kota Kinabalu mencatatkan penambahan kes yang tinggi, daripada (183)
kes kelmarin kepada (260) kes hari ini.

“Manakala di Tawau 138 kes, meningkat 48 berbanding sebelumnya. Tuaran mencatat 102 kes dengan penambahan sebanyak 23 kes. Beaufort juga mencatatkan peningkatan kepada 62 kes setelah mencatatkan hanya 19 kes sahaja pada 3 Ogos,” kata Masidi lagi.-MalaysiaGazette