MEKAH – Sebagai usaha memperkasakan peranan wanita di Arab Saudi – Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais mengumumkan pelantikan 20 wanita dalam jawatan utama membantunya tugasnya sebagai Presiden Dua Masjid Suci.
Kesemua mereka merupakan pemegang ijazah sarjana dan kedoktoran dan jawatan tersebut merangkumi penolong ketua presiden, ketua pegawai rendah presiden dan penolong ketua setiausaha dalam pelbagai bidang.
Sheikh Abdul Rahman berkata, wanita berkenaan akan diberi kuasa secara akademik dan praktikal, kata laporan Saudi Gazette hari ini.
“Wanita yang bekerja di Masjidil Haram telah membuktikan kecekapan mereka dalam pelbagai bidang. Ia bertujuan untuk terus berusaha untuk mencapai manfaat maksimum dari kader wanita ternama dan memanfaatkan usaha mereka dalam melayani jemaah Haji dan Umrah sesuai dengan Visi Kerajaan 2030, ” tambahnya.- MalaysiaGazette