Dr. Adham baba

KUALA LUMPUR – Semalam sebanyak 514,674 dos vaksin telah disuntik kepada penerima masing-masing, menjadikan sejumlah 23,161,255 dos telah divaksinasi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, daripada jumlah penerima suntikan semalam, 220,839 dos pertama manakala 293,835 dos kedua.

Kata beliau, jumlah yang menerima dos pertama sehingga semalam ialah 15,162,424 juta orang, diikuti 7,998,831 juta atau 24.5 peratus lengkap dos kedua.

“Peratusan keseluruhan yang telah divaksinasi semakin meningkat dan setakat semalam 46.4 peratus daripada jumlah populasi penduduk Malaysia sudah menerima satu dos vaksin.

“Daripada jumlah itu, 24.5 peratus sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19, manakala golongan dewasa yang menerima satu dos vaksin sebanyak 64.8 peratus,” katanya menerusi ciapan Twitternya pagi ini.

Menurut beliau, Selangor, Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan pemberian vaksin tertinggi iaitu 6,104,544 dos pertama dan 2,807,441 lengkap dua dos. – MalaysiaGazette