case item The Attorney-General’s Chamber (AGC) in Putrajaya. PIX: FAREEZ FADZIL / MalaysiaGazette / 04 NOVEMBER 2020. Hasanah Abdul Hamid US$6.94 million case item MACC MEIO
Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.

TIMBALAN Pendakwa Raya telah memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) terhadap guru yang didakwa membuat jenaka rogol di dalam kelas berkenaan. Tindakan seumpama ini pernah berlaku tidak beberapa lama dulu melibatkan seorang pelajar universiti awam tempatan yang telah membuat laporan polis berhubung dakwaan gangguan seksual yang dilakukan terhadap dirinya oleh seorang penysarah di universitinya.

Sukar untuk mana-mana pihak mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh pihak Jabatan Peguam Negarakerana keputusan yang dibuat oleh mereka adalah sebagai muktamad seperti yang termaktub di bawah Kanun Prosedur Jenayah dan Perlembagaan Persekutuan. Tun Mohamed Suffian juga ada menyebut di dalam kes Long Samat v Public Prosecutor [1974] 2 MLj 152, iaitu bahawa mahkamah tidak boleh memaksa Peguam Negara memulakan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan yang beliau enggan mulakan atau untuk meneruskan apa-apa prosiding yang beliau enggan teruskan.

Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi kesalahan, selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri atau Mahkamah Tentera. Kuasa budibicara yang diberikan kepada Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) adalah mutlak, tidak boleh dicabar atau digantikan oleh mana-mana kuasa termasuk mahkamah.

Dalam erti kata lain, jika mana-mana pihak tidak bersetuju dengan tindakan Peguam Negara dalam mengendalikan sesuatu pendakwaan, maka mereka tidak mempunyai asas untuk mencabarnya di mana- mana korum. Namun, sebagai seorang penjawat awam Peguam Negara dan Pendakwa Raya perlu menjalankan tugasnya dengan penuh integriti dan profesional dengan memberi pertimbangan kepada keselamatan negara, kepentingan dan keselamatan awam serta perhatian media.

Perkara ini dapat dilihat dengan mendalam melalui kes Public Prosecutor v Zainuddin [1986] 2 MLJ 100. Sebarang kes yang melibatkan jenayah seksual adalah perkara yang sangat sensitif bukan sahaja kepada diri mangsa malah kepada seluruh anggota masyarakat dan sebarang langkah atau keputusan yang diambil terhadap kes berkenaan perlu diterangkan dengan jelas kepada pihak mangsa dan orang ramai bagi elakkan sebarang kekeliruan.

Pada masa yang sama juga proses penerangan ini juga penting untuk dilakukan supaya satu mesej jelas dapat dihantar kepada orang ramai khususnya mangsa jenayah seksual bahawa mereka masih boleh membuat laporan dan mengemukakan pendakwaan terhadap sebarang salah laku jenayah seksual kepada pihak berkuasa dalam negara kita tanpa rasa bimbang bahawa laporan dan dakwaan yang dibuat oleh mereka akan dibiarkan sahaja ataupun tiada tindakan lanjut yang boleh
diambil.

Isu melibatkan rogol, ugutan rogol ataupun gangguan seksual memberi kesan yang besar terhadap diri mangsa terutamanya kesan mental dan emosi. Sekiranya tiada langkah diambil bagi membantu mangsa dari awal, mangsa boleh terdedah dengan masalah tekanan perasaan atau depresi dan mangsa juga boleh melakukan pelbagai perkara yang boleh mengundang bahaya terhadap diri mereka sendiri seperti perbuatan membunuh diri. Isu rogol, ugutan rogol ataupun gangguan seksual ini adalah isu yang serius.

Oleh yang demikian, adalah penting setiap ugutan ataupun gangguan yang diterima dan diadukan oleh mangsa disiasat dengan serius dan tindakan susulan diambil bagi memberi jaminan kepada mangsa bahawa dirinya akan sentiasa dilindungi dibawah undang-undang dalam negara kita. Pada masa yang sama, pihak kerajaan perlu memandang serius isu berkaitan dengan masalah jenayah seksual seperti isu gangguan seksual yang dilihat kerap kali dilaporkan berlaku dalam negara kita.

Isu gangguan seksualini bukan satu isu yang jarang kita dengari. Hampir setiap tahun kita akan didedahkan dengan isu ini. Mangsa yang hadapi masalah gangguan seksual ini selalunya tidak dapat hidup dengan aman akibat daripada gangguan yang dihadapinya. Mental dan emosi mangsa gangguan seksual akan terjejas dan ini akan menyebabkan mangsa tidak dapat melakukan aktiviti harian seperti yang biasa dilakukannya. Sekiranya tiada langkah diambil dari sekarang bagi membendungnya, masalah gangguan seksual ini akan terus berlaku dan lebih ramai pihak lagi dalam negara kita yang berisiko menjadi mangsa.

Selain daripada mengunakan pendekatan proses pendidikan bagi melahirkan kesedaran orang ramai terhadap isu gangguan seksual ini, negara kita juga perlu memiliki satu bentuk perundangan yang kuat terhadap isu berkenaan. Pada masa ini tiada akta khusus untuk mengatasi masalah gangguan seksual yang berlaku. Mangsa gangguan seksual boleh mengambil langkah perudangan melalui beberapa jenis saluran seperti melalui Undang-Undang Buruh ataupun Kanun Keseksaan.

Walaupun terdapat pelbagai jenis peruntukkan undang-undang mengenai perkara ini, pihak kerajaan digesa supaya memperkenal akta khusus berkaitan dengan isu gangguan seksual seperti yang telah dicadangkan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam negara kita agar kesalahan itu dapat diselesai mengikut peruntukan undang-undang yang lebih jelas tanpa menumpang atau menggunakan akta lain seperti yang dinyatakan di atas yang mempunyai kelemahan masing-masing terutamanya dari aspek skop pemakaian undang-undang terbabit dan proses pembuktian yang tinggi.

Sewajarnya cadangan undang-undang khusus mengenai gangguan seksual yang ingin diwujudkan perlu mempunyai dua matlamat penting. Pertamanya ia mengkehendaki setiap pihak mengambil langkah proaktif mencegah gangguan seksual dan keduanya menyediakan kepada pihak mangsa satu bentuk proses pembelaan undang-undang yang lebih sesuai, berkesan dan bermakn