Gambar hiasan

QUEENSLAND – Dua askar cedera parah selepas diserang buaya di pesisir Portland Roads di Semenanjung Cape York petang semalam.

Kejadian itu menyebabkan mangsa pertama cedera parah di kepala, dada dan lengan.

Rakannya juga cedera selepas cuba membantu mangsa.

Kedua-dua mangsa dilaporkan berenang di “perairan yang dipenuhi buaya” dekat perkampungan nelayan itu sekitar jam 5 petang ketika serangan itu berlaku.

“Satu diserang dan yang lain … cuba menolong.

”Mereka dijumpai dan dalam kini selamat…saya berharap mereka dalam keadaan sihat,” kata Datuk Bandar Sungai Lockhart, Wayne Butcher kepada berita ABC.

Queensland Ambulance Service mengatakan seorang doktor dan paramedik diterbangkan ke tempat kejadian.

Kedua-dua lelaki itu awalnya dirawat di dalam tongkang tentera sebelum dibawa ke Hospital Cairns.

Mangsa pertama, berusia 20-an, yang digigit di kepala dan badan berada dalam keadaan serius tetapi stabil.

Manakala rakannya, berusia 30-an, cedera di pergelangan tangan dan lengan setelah dilaporkan menikam buaya dengan pisau, menurut Courier Mail.

Anggota Perkhidmatan Ambulans Queensland, Denis O’Sullivan berkata, buaya itu panjangnya 2.5 meter.

Dennis memberitahu media: “Sesiapa yang selamat selepas bertarung dengan binatang buas seperti buaya air masin, yang agresif, saya rasa dia sangat beruntung masih hidup”.

Pasukan Tentera Australia mengesahkan kedua-dua mangsa adalah anggotannya.

“Fokus kami adalah memberi rawatan perubatan yang diperlukan untuk tentera yang terlibat dan menyokong keluarga.

“Kejadian itu sedang disiasat,” katanya.

Jumlah buaya di daerah ini telah meningkat dalam tiga dekad terakhir, menurut Butcher.

“Terdapat banyak buaya di Semenanjung Cape York. Di sungai, sistem muara, bahkan di lautan di sepanjang pantai.

”Di mana sahaja anda melihat tanda-tanda yang mengatakan perairan dipenuhi buaya, harap berhati-hati atau jangan masuk,” katanya. – Independent