Bangunan Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 03 NOVEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu hadapan susulan pperasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai daripada pasaran kewangan.

Minggu ini, purata kadar faedah semalaman Islam kekal pada 1.72 peratus, sementara kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing berada pada 1.77 peratus, 1.81 peratus dan 1.85 peratus.

Bank pusat itu memasuki pasaran secara harian untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan mengadakan tender pasaran wang konvensional, tender lelongan kematangan pelbagai Islam Qard (iRMA) dan tender repo berbalik.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional untuk minggu ini meningkat kepada RM33.33 bilion berbanding sebanyak RM30.94 bilion yang dicatatkan semasa minggu sebelumnya, manakala dalam sistem Islam, ia jatuh kepada RM15.16 bilion daripada RM18.60 bilion. – MalaysiaGazette