KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berpendapat agak mustahil bagi seseorang yang boleh menjadi pengganti sebagai perdana menteri menjadikan Malaysia lebih teruk daripada paling parah di dalam dunia.
Ini kerana beliau mendakwa Malaysia kini sudah menjadi antara negara paling corot dalam dunia daripada segi pemulihan terhadap Covid-19 dan ekonomi.
“Kalau sudah gagal segagalnya mengawal Covid-19, menjaga ekonomi dan untuk usaha membeli, mengugut katak walaupun diberi kuasa penuh darurat tujuh bulan dengan seluruh jentera kerajaan, maka ianya sudah tiba masa untuk menerima realiti dan memberi laluan kepada pemimpin lain,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Najib mengajak untuk memerhatikan siapakah lagi ahli Parlimen yang bakal mempertahankan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika usul undi percaya di Parlimen pada September nanti.
“Sebab ramai akan buat rumusan masa itu bahawa mereka yang ketinggalan bas dan masih ingin berkait dengan kerajaan tanpa keabsahan yang gagal segagalnya sehingga saat terakhir itu adalah mangsa-mangsa sogokan dan ugutan scheme of things,” katanya.
Dalam pada itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan yakin Muhyiddin telah berbohong kepada Yang di-Pertuan Agong ketika memberitahu beliau masih ada sokongan majoriti.
Jika benar-benar ada sokongan majoriti tersebut, siapa sahaja akan buat undian serta-merta untuk menyelesaikan segala keraguan berhubung keabsahannya dan bukan menunggu sehingga sebulan.
Katanya, menggantikan perdana menteri tidak bermaksud seluruh kerajaan akan berhenti berfungsi sebaliknya kerajaan akan lumpuh sekiranya semua perkara hanya bergantung kepada perdana menteri sahaja dan ia merupakan risiko amat besar.
“Kerajaan tetap jalan cuma dasar akan berbeza. Sebagai bukti, kerajaan tetap berjalan walaupun PM8 masuk hospital seminggu semasa dia diarea. Tak lumpuh pun kerajaan.
“USA tak dijahanamkan apabila Biden ganti Trump bulan Januari lalu di tengah pandemik. Jepun juga tak jahanam apabila Yoshihide Suga ganti Shinzo Abe pada bulan September lalu di tengah pandemik,” katanya.
Tambah beliau, sidang media yang dikatakan bahawa 31 orang ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong kerajaan Perikatan Nasional biar pun pernah dikatakan 40 orang sebenarnya adalah bukti kukuh bahawa Muhyiddin sudah hilang sokongan majoriti.
“Itupun makin hari makin berkurang setelah satu persatu daripada 31 orang yang dinamakan itu letak jawatan kerajaan atau keluarkan kenyataan untuk menafi sokong PM8.
“Selagi keabsahan PM8 tidak diselesaikan secepat mungkin (secepat mungkin bukan bermaksud tiga atau empat bulan kemudian), selagi kerja tawar-menawar, hadiah durian, sidang media dan meeting kat rumah tengah malam akan berterusan.
“Itulah fokus seluruh negara bagi masa sebulan lagi – bukan fokus pada Covid atau ekonomi,” tambahnya. – MalaysiaGazette

















Kerana kamulah Najib semenjak merdeka BN memerintah kjaan boleh tumbang..jgn bg alasan lg.. makhluk perosak.. dah la
zahid SEKUTUNYA memang tongong ….memanglah berfungsi selepas ada gantinya….BODOH JUGA PRESIDEN umNO
jika BENAR UMNO YANG SUCI MURNI DAN P UNAH HARAPAN NAFSU BESAR BERHASRAT AMBIL ALIH KERAJAAN…BOLEHHHH JAMIN 100-200% HAPUSKAN DAN MUSNAHKAN COVID SEPENUHNYA SEPERTI PETIK JARI SEBELAH MATA BOLEH SELESAI SEGERA DALAM 100 HARI
JANJI 100HARI MASA 22 BULAN PUN TERKENCING2..LEBIH JAHANAM DAN PUNAH NEGARA TAPI TUDING JARI KERJAAN GAGAL …
ZAHID/NAJIB MINTA PM 8 LETAK JAWATAN….CABAR ZAHID/NAJIB JUGA LETAK JAWATAN PRESIDEN UMNO DAN MP BAGAN DATO/PEKAN….BARU ADIL DAN ANAK JANTAN….SELESAIKAN KES KAMU DI MAHKAMAH BARU KAMI SOKONG….PARTI TIDAK SUCI SEBAB PEMIMPIN TIDAK SUCI….
Betul b
tidak kedengaran lagi ayat ayat power kamu DSNR untuk PH seperti menteri kewayangan, PH gagalkrasi, sebaliknya semua itu sekarang ini diletakan kepada PN. PH bertepuk tangan kerana mereka tak perlu lagi provok gempit gempita lagi cukuplah kamu dan UMNO menghuru harakan politik negara. Dulu aku suka cara kamu untuk bergerak turun padang demi untuk mengembalikan kepercayaan rakyat khususnya orang melayu kepada UMNO. Dan banyak menceritakan perihal keburukan PH semasa 22 bulan memegang tampuk kekuasaan. Tapi sekarang aku lihat DSNR lebih banyak bermain politik tak kala negara sedang dilanda musibah covid19. Sebagai bekas PM seharusnya lah kamu membantu kerajaan untuk sama sama menanggani masaalah negara drpd terus membuat onar dan seterusnya mengheret situasi politik yang tidak stabil. Kesombongan UMNO masih menebal dan masih beranggapan bahawa UMNO sahaja lah yang mampu mentadbir negara dengan baik. Biarlah pemimpin baru dengan idea yang baru untuk meneruskan agenda negara.