Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bersama Azizulhasni di Tokyo, Jepun.

KUALA LUMPUR – “Tangisan Jijoe hari ini akan menjadi pembakar semangat ahli sukan untuk terus bangkit demi nama negara.

“Saya harap Jijoe tidak akan putus asa dan mengingati pengalaman di Tokyo ini sebagai satu milestone besar yang boleh Jijoe semat di hati sentiasa,” kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Menurutnya, detik keperitan yang diluahkan Jijoe atau Datuk Azizulhasni Awang selepas perlumbaan tadi satu bukti kecekalan atlet negara ini.

Azizulhasni memenangi pingat perak dalam acara keirin dalam Olimpik Tokyo hari ini.

“Saya tidak boleh bayangkan perasaan Jijoe sewaktu di atas track dan begitu juga dengan perasaan kecewa terlepas peluang untuk meraih pingat emas.

But I can say with all of my confidence that not one soul in Malaysia blames you. In fact, we are overwhelmed with joy for you victory and especially your safety! ” ujar Reezal Merican dalam media sosialnya selepas bertemu dengan Azizulhasni di Tokyo hari ini.

Menurutnya, seluruh Malaysia dapat melihat kesungguhan Jijoe mengejar ke garisan penamat dan tidak putus asa untuk mendapatkan pingat perak buat negara dan menganggapnya satu aksi yang amat berharga.

“Jijoe telah memberikan inspirasi buat semua ahli sukan Malaysia dan begitu juga dengan rakyat Malaysia secara keseluruhan. Resilience, mental strength and the undying fire to win; you are the living embodiment of power,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Air mata Azizulhasni, mohon maaf kepada rakyat Malaysia